Suatu ketika dahulu ada sebuah wakaf(pondok) dan ada sebuah telaga. Wakaf itu tidak jauh dengan tapak Balai Polis Wakaf Bharu yg ada sekarang. Wakaf ini sering digunakan oleh penduduk terutama dari Kg. Delima, Kg. belukar, Kg. Bechah Temalang, Kg. Lambor Kg. Banggol Petani, Kg. Kubang Batang dan lain-lain lagi. Wakaf ini digunakan untuk persinggahan sebelum maneruskan perjalanan ke Kota Bharu kerana pada masa itu tidak ada kemudahan pengangkutan awam atau jalan raya yng menghubungkan kampung-kampung tersebut ke Bandar Kota Bharu.
Perubahan telah berlaku dikawasan ini dengan ada kemudahan kereta api dan sebagainya. Maka tumbuhlah kedai-kedai dan gerai-gerai disekitar stesen kereta api Wakaf Bharu(pasar lama wakaf bharu).Penjenamaan semula tempat ini dengan menggabungkan identiti lama dan baru, jesteru "Wakaf Bharu" merupakan nama komersial untuk Jajahan Tumpat dan kini terkenal seluruh Malaysia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan